Assalamualaikum...
Selepas dapat keputusan BHcg tempohari saya menunggu period datang untuk IUI for the next cycle. Tapi belum ader rezki, period datang 11Jun2016 which is 6 Ramadhan. So xdpatla proceed IUI that time. Saya da called nurse infertility clinic and she said ubat IUI da ada just tunggu next cycle bulan puasa tak boleh IUI ( batal puasa kak oi haha).
Arakiannya saya makan la pil mercilon untuk tetapkan period walaupon terlewat sket makan bukan pada 1st period tapi okla dari menunggu lama kan..
So patutnya 11July 2016 period patut datang, tunggu punya tunggu tak datang pun harini.. juz biler petang ade tanda2 nk period macam keputihan coklat sket . Biasanya kalau makan pil perancang period datang memang sikit ( based on lepas2 punya experience). Senggugut mild ade rasa sikit. Harapnye esok periodla.. boleh ke hospital amek ubat.
Rasanya doc akan prescribe macam before jugak 150mg Clomid , dan Estradiol utk tebalkan dinding rahim. Semoga semua berjalan lancar.
Sekarang musim raya kan? Soalan cepumas da berjaya diharungi dengan baik tanpa menjeruk hati hehe.. 4 tahun menunggu tak.membuatkan saya lemah di mata orang lagi 😆😎 . Semoga kepada yang masih memunggu akan terus sabar dan diberikan rezki dari Allah..
Kiter tunggu esok camne ehhe.. btw IUI pon bergantung jugak telur matang ke tak. Harapnye matangla banyak skit hehehe.. aminnnnnnn
No comments:
Post a Comment