Wednesday, 21 September 2016

UPT selepas IUI

Assalamualaikum... jumpa lagi entry after 1st IUI kan.

Sebelum saya proceed panjang lebar tentang hal Pregnancy Test ( UPT /HPT) meh saya kasi intro sket.

UPT & HPT ni sama aje walau singkatan namanya berbeza.
UPT stand for Urine Pregnancy Test, & HPT stand for Home Pregnancy Test.

Ada macam-macam jenis brand UPT di pasaran and pelbagai sensitivity. seeloknya sebelum buat UPT ni better baca betul2 arahan yang dilampirkan terutama masa yang dibenarkan utk membaca bacaan UPT. selalunya lebih dari 15minit dah tak valid dah. sebab kita takut ade Evaporation line yang timbul plak.

Okay haritu lepas IUI, Saya dibekalkan dua UPT jenis strip celup ke dalam sample.
supposedly

23/9/2016 (14 day past IUI/dpIUI) : sepatutnya buat 1st UPT yang diberikan , pesanan nurse kalau positif atau negative ignore dulu and tunggu lagi 2minggu seterusnya untuk next UPT.

9/10/2016 (28 day past IUI/dpIUI): Pada tarikh ni plak patutnya buat 2nd UPT yang dibekalkan. Kalau positif boleh call klinik infertility untuk set appointment dengan doctor untuk scan.



kenapa kena IGNORE positif pada 1st UPT???

sebab, suntikan pregnyl diberikan untuk pecahkan telur. suntikan pregnyl ni mengandungi HCG hormone yang hanya dikeluar ketika kita mengandung . hormone ni membantu memecahkan telur dan ade jugak lain fungsinya.. secara detail tak tahu sebab xbelajar analisa ubat ahahhaa.
jadi... UPT tu hanya akan bertindak balas ke HCG yang berada dalam badan. ini membolehkan terjadinya FALSE POSITIVE.

kedua mungkin ketika 2mggu selepas IUI terlalu awal utk dikatakn pregnant kerana ramai aje yang natural loss , baru lekat 2minggu kan too fragile.

so dah pahamkan? kite kena ada ilmu supaya hati kita tenang dan terlalu berharap sampai kita kecewa hanya kerana pemahaman kita berbeza.

kalau mengikut teori pembacaan, suntikan 10000 IU mengambil masa 14 hari untuk keluar dari badan dari hari administration tu. 5000IU dalam 10 hari, 2500 IU dalam 7 hari. so seeloknya jangan test dalam tempoh tersebut atau awal dari tu.

................................................................................................................
kerana excitednye first time kan buat IUI. Tak sabar nak tgok UPT tu positif walau tau yang tu tipu hahhaha..

26/8/2016 : 1st day period ; cycle day 1
7/9/2016 : Pregnyl 5000IU
9/9/2016 : IUI

16/9/2016: Saya menggedik nak tengok ade tak positif kat UPT tu sebab saya amek injection pregnyl 5000IU je. Based on pembacaan kan 5000 IU tu amek masa 10 hari untuk flush out from body kan. So harini genap 10 hari after pregnyl injection. Saya guna brand disclosure beli kat Watson je
RESULT TODAY NEGATIVE!!! bayang line pun takde. 2x saya test memang takde... hurmm awal la jugak kan die kasi buang ubat tu.

21/9/2016 : Kawan opis suggest try UPT gune CBD / Clear Blue Digital coz dia kata lebih tinggi sensitivity dalam 25mIU. sebelum test pagi ni ade jugak terfikir kalau positif how?? kalau dikira balik, harini hari yang ke 15 hari sejak amek suntikan pregnyl and 13 hari selepas IUI, so patutnya hormone tu da gone da.. yela 16/19 pun UPT negative sungguh.

Nak dijadikan cerita pagi tu bangun terus collect sample dalam bekas yg memang ada kt bilik air tu. Saya celupkan CBD tu secara menegak selama 20 saat pastu tutup balik penutup and letak mendatar je kat tepi kolah air. lepas selesai urusan kat bilik air terus bawak keluar and tengok masih loading lagi indication tu. saya dduk kat katil, baca lagi doa nabi yunus dalam perut ikan tu, selawat, Al ikhlas.. saya doa kalau betul rezki saya berikanla zuriat yang soleh solehah dan sihat sempurna. Kalau takde rezeki saya, Kuatkanla hati ini Ya Allah. Sesungguhnya memang kepadamu aku serahkan segalanya.
Lepas tu perlahan lahan saya buka gengaman tangan kat screen CBD tu. Hah??? PREGNANT 1-2.
berair sangat mata masa tu. bukan kerana saya yakin saya pregnant tapi itula CBD yang saya guner banyak kali sebelum ni tunjukkan perkataan Pregnant beserta minggu. kalau tak asek appear not pregnant aje ..

saya tak terus gembira di sini. Saya masih dibayangi rasa keliru dan risau ianya positif kerana CBD tu terlalu sensitive kut and boleh pickup baki hormone yang berbaki tempohari. body setiap orangkan berlainan. Tapi doa banyak2.. fikir positif je.

22/9/2016 : Saya test dengan Brand Dip & Tell warna pink  and ade satu lagi takde brand. saya tengok kat situ tulis sensitivity 25mIU. sengaja beli yang murah2 nak tengok kat strip tu ade tak garisan.. okay nervous sangt nak check. reading valid 15minit aje ye.
resultnya kedua2 UPT murah tu pun positif tapi samar2. warna memang warna pink purple tu bukan kelabu bayangan ke ape. husband pon tengok and sahkan memang ade line 2nd. Dip & tell tu lagi terang dari pregnancy test yg berharga RM5.90 tu uhuh..
Syukur saya dimudahkan untuk melihat UPT menjadi positif dengan mudahnye..

Esok 23/9/2016 adalah hari 1st UPT dari doctor tu and saya expect samar2 or lgsg xnampak sbb memang ade akk yg buat IUI haritu die pun lepas 4mggu masih samar2 xterang linenya. mungkin UPT Doc sensitivity kurang atau memang hanya akan pickup HCG tinggi sket.

Hari Ahad pagi nak retest Dip & Tell tu nak tengok line bertambah pekat tak. Kalau semakin pekat ada rezeki tu InsyaAllah... sekarang terlalu awal untuk buat conclusion..

sekiranya ni rezki Kami , Syukurnya Ya Allah.... aku bukan insan yang sempurna kau berikan nikmat padaku. Sementara ni saya hanya jaga makan, no fast food, tak jalan laju and jauh sgt. kalau perjalanan lebih sejam saya da risau da... huhuh

tak salah pun kalau berjaga2 lebih sket. kita bukan senang nak dapat berbanding orang lain.

-Semoga ade REZEKI-














4 comments:

  1. Salam sis nk tanya wajib ka lps buat iui tu lena bersama suami...

    ReplyDelete
  2. Slm sy nk tnye sy ambik suntikan
    5/9/20:10000ui
    7/9/20:iui
    Jd brape hari bln sy kne test upt

    ReplyDelete