Wednesday, 21 September 2016

UPT selepas IUI

Assalamualaikum... jumpa lagi entry after 1st IUI kan.

Sebelum saya proceed panjang lebar tentang hal Pregnancy Test ( UPT /HPT) meh saya kasi intro sket.

UPT & HPT ni sama aje walau singkatan namanya berbeza.
UPT stand for Urine Pregnancy Test, & HPT stand for Home Pregnancy Test.

Ada macam-macam jenis brand UPT di pasaran and pelbagai sensitivity. seeloknya sebelum buat UPT ni better baca betul2 arahan yang dilampirkan terutama masa yang dibenarkan utk membaca bacaan UPT. selalunya lebih dari 15minit dah tak valid dah. sebab kita takut ade Evaporation line yang timbul plak.

Okay haritu lepas IUI, Saya dibekalkan dua UPT jenis strip celup ke dalam sample.
supposedly

23/9/2016 (14 day past IUI/dpIUI) : sepatutnya buat 1st UPT yang diberikan , pesanan nurse kalau positif atau negative ignore dulu and tunggu lagi 2minggu seterusnya untuk next UPT.

9/10/2016 (28 day past IUI/dpIUI): Pada tarikh ni plak patutnya buat 2nd UPT yang dibekalkan. Kalau positif boleh call klinik infertility untuk set appointment dengan doctor untuk scan.



kenapa kena IGNORE positif pada 1st UPT???

sebab, suntikan pregnyl diberikan untuk pecahkan telur. suntikan pregnyl ni mengandungi HCG hormone yang hanya dikeluar ketika kita mengandung . hormone ni membantu memecahkan telur dan ade jugak lain fungsinya.. secara detail tak tahu sebab xbelajar analisa ubat ahahhaa.
jadi... UPT tu hanya akan bertindak balas ke HCG yang berada dalam badan. ini membolehkan terjadinya FALSE POSITIVE.

kedua mungkin ketika 2mggu selepas IUI terlalu awal utk dikatakn pregnant kerana ramai aje yang natural loss , baru lekat 2minggu kan too fragile.

so dah pahamkan? kite kena ada ilmu supaya hati kita tenang dan terlalu berharap sampai kita kecewa hanya kerana pemahaman kita berbeza.

kalau mengikut teori pembacaan, suntikan 10000 IU mengambil masa 14 hari untuk keluar dari badan dari hari administration tu. 5000IU dalam 10 hari, 2500 IU dalam 7 hari. so seeloknya jangan test dalam tempoh tersebut atau awal dari tu.

................................................................................................................
kerana excitednye first time kan buat IUI. Tak sabar nak tgok UPT tu positif walau tau yang tu tipu hahhaha..

26/8/2016 : 1st day period ; cycle day 1
7/9/2016 : Pregnyl 5000IU
9/9/2016 : IUI

16/9/2016: Saya menggedik nak tengok ade tak positif kat UPT tu sebab saya amek injection pregnyl 5000IU je. Based on pembacaan kan 5000 IU tu amek masa 10 hari untuk flush out from body kan. So harini genap 10 hari after pregnyl injection. Saya guna brand disclosure beli kat Watson je
RESULT TODAY NEGATIVE!!! bayang line pun takde. 2x saya test memang takde... hurmm awal la jugak kan die kasi buang ubat tu.

21/9/2016 : Kawan opis suggest try UPT gune CBD / Clear Blue Digital coz dia kata lebih tinggi sensitivity dalam 25mIU. sebelum test pagi ni ade jugak terfikir kalau positif how?? kalau dikira balik, harini hari yang ke 15 hari sejak amek suntikan pregnyl and 13 hari selepas IUI, so patutnya hormone tu da gone da.. yela 16/19 pun UPT negative sungguh.

Nak dijadikan cerita pagi tu bangun terus collect sample dalam bekas yg memang ada kt bilik air tu. Saya celupkan CBD tu secara menegak selama 20 saat pastu tutup balik penutup and letak mendatar je kat tepi kolah air. lepas selesai urusan kat bilik air terus bawak keluar and tengok masih loading lagi indication tu. saya dduk kat katil, baca lagi doa nabi yunus dalam perut ikan tu, selawat, Al ikhlas.. saya doa kalau betul rezki saya berikanla zuriat yang soleh solehah dan sihat sempurna. Kalau takde rezeki saya, Kuatkanla hati ini Ya Allah. Sesungguhnya memang kepadamu aku serahkan segalanya.
Lepas tu perlahan lahan saya buka gengaman tangan kat screen CBD tu. Hah??? PREGNANT 1-2.
berair sangat mata masa tu. bukan kerana saya yakin saya pregnant tapi itula CBD yang saya guner banyak kali sebelum ni tunjukkan perkataan Pregnant beserta minggu. kalau tak asek appear not pregnant aje ..

saya tak terus gembira di sini. Saya masih dibayangi rasa keliru dan risau ianya positif kerana CBD tu terlalu sensitive kut and boleh pickup baki hormone yang berbaki tempohari. body setiap orangkan berlainan. Tapi doa banyak2.. fikir positif je.

22/9/2016 : Saya test dengan Brand Dip & Tell warna pink  and ade satu lagi takde brand. saya tengok kat situ tulis sensitivity 25mIU. sengaja beli yang murah2 nak tengok kat strip tu ade tak garisan.. okay nervous sangt nak check. reading valid 15minit aje ye.
resultnya kedua2 UPT murah tu pun positif tapi samar2. warna memang warna pink purple tu bukan kelabu bayangan ke ape. husband pon tengok and sahkan memang ade line 2nd. Dip & tell tu lagi terang dari pregnancy test yg berharga RM5.90 tu uhuh..
Syukur saya dimudahkan untuk melihat UPT menjadi positif dengan mudahnye..

Esok 23/9/2016 adalah hari 1st UPT dari doctor tu and saya expect samar2 or lgsg xnampak sbb memang ade akk yg buat IUI haritu die pun lepas 4mggu masih samar2 xterang linenya. mungkin UPT Doc sensitivity kurang atau memang hanya akan pickup HCG tinggi sket.

Hari Ahad pagi nak retest Dip & Tell tu nak tengok line bertambah pekat tak. Kalau semakin pekat ada rezeki tu InsyaAllah... sekarang terlalu awal untuk buat conclusion..

sekiranya ni rezki Kami , Syukurnya Ya Allah.... aku bukan insan yang sempurna kau berikan nikmat padaku. Sementara ni saya hanya jaga makan, no fast food, tak jalan laju and jauh sgt. kalau perjalanan lebih sejam saya da risau da... huhuh

tak salah pun kalau berjaga2 lebih sket. kita bukan senang nak dapat berbanding orang lain.

-Semoga ade REZEKI-














Friday, 9 September 2016

IUI di PBBR presint 8 putrajaya

Assalamualaikum...

Kite sambung cter k..
Hari ni Cycle Day 15( CD15).
Kami klua awal nak ke hospital before 8 da klua. Tapi hujan lebat harini.. traffic jd slow and at a few places mg jam.. sampai kat hosp 8.40. Lewat 10mnit. Sampai2 terus bagi buku btau nak IUI. Nurse kata tggu kejap nk isi details and kasi bekas utk collect sample sperm tu.
 Sejurus lepas sampai ramai jugk yg dtg utk iui lbh kurg 4 org termasuk saya.
Lepas isi alamat, no telefon kat buku terus nurse bwak ke bilik yang rumah hujung sket.

Serius ni first time ikut suami utk kluakn sample. Nurse pesan kunci pintu nanti orang lain ade nk gune bilik sbelah. Huhu..
Da kunci pintu kami dok tergelak2 sbb malu ahhaha.okay serius mg malu sbb diluar prkara biasa. Tapi semuanya bjlan lancar. Dalam 9.20 da pass kat lab utk proses.  Sampai2 kat lab tgok atas meja da ade satu bekas, org lab pon kata turn kami smpai td mg no 1 tp collection sperm made us jadi no 2 for iui.. saya redha aje..okla blh tgok.reaksi org first kan.

Lagi sejam die suh dtg balik. Kami pila klua brekpes kat area situ aje. Pkul 10.10 kami patah balik ke PBBR tu. Tapi xsiap lagi. Nurse pun da nmpak muka yg smnggu ni kan ahhaah die kata ok awak dduk skjap ye..😂.
Tiba-tiba...... .  Die panggil sruh tukar kain and masuk blik.. tanyala kt nurse tu  saya ke no 1 IUI? Sbb td masa hntar kt lab kami no 2.. nurse kata xkira camtu.. die amek sape yg senang die cuci..  taktaula nk kata bersyukur ke tak dpt awal huhu...

Okay da masuk bilik mg baring kat katil and kaki sangkut kat atas pelapik yg ade kt kiri and knan katil .  Lama jgk tggu sperm sampai and doc sampai. Bile org lab dtg hntar sperm yg da dcuci die kata xingt plak resultnye huhu. Nurse pon plik knp die xingt sbb 4 org aje.. kuikuikui.

Doc bella pun masuk.  Nama betul Nabila rasanye hihi.. ade rasa malu jgk terkangkang nmpok poen kat org lain 😭😭😭 tapi redhakan jugak... lepastu startla procedure. Doc masukkn satu alat utk buka laluan.  Trasa mcam corong masuk kt perut. Doktor kata, hah senang je masuk ni . Masa dengar tu lega sgt hati.  Time masukkan tiub halus tu mg trasa tajam sket.  Itupun doktor kata elok je smua smooth sennag jugak masukkan sperm.. bbrapa kali jugak dengar perkataan senang dr doktor tu.. mg syukur sgt hati ni dipermudahkan.  Oh ye masa doc nk masukkn sperm die btau die nak masukkan and baca ayt kt dinding tu. Kat dinding belah kiri ade tertampal ayt seribu dinar. Itula yg aku baca selain dr zikir yg xputus2.
 IUI selesai dlm masa xsmpai 5mnit pun..

Syukur..

Nurse sruh trunkan kaki and katil ditinggikan. Rehat 10 mnit camtu. Then boleh amek MC , ubat and balik rumah..

MC dorg boleh bagi 1-2hr utk IUI. Lepastu ubat yang die bagi asid folik and duphaston yang kena makan sehari 2 bji.
Tak lupa jugk pregnancy test 2 strip utk 2mggu and 4 minggu lagi.

Untuk preparation IUI ni seblom tu lagi saya da call parents masing2 mintak doakan..
Keluar rumah dengan wudhu', saya pasang zikir terapu hafiz hamidun yang menyebut Lailahaillalah Muhammadur rasulullah  .. tenang sangt masa tu. Dalam mada yang sama selingkan jugak doa nabi yunus masa dalam perut tu  .
Dalam bilik IUI, saya angkat tangan baca alfatihah, 3 qul, ayatul kursi then berdoa semoga dipermudahkan dan diberi zuriat yang soleh solehah sihat sempurna. Aminnn
Then doa nabi yunus tu saya sebut tak henti2 sehinggala otak da terawang2 dok kata baca ayat seribu dinar saya baca plak ayat tu ehehe...

Iui xde bius ye. Juz cuci and procees masukkan aje..

Sebenanrnya saya bersyukur sgt bila urusan dipermudahkan..
Saya mempunyai retroverted uterus ataupon kite panggil sbgai rahim terbalik. Condition ni nurse kata akan amek masa and susah utk masukkan alat and sperm.
Bile btau nurse saya rahim terbalik la nurse
Nurse kata.. Allah nak tolongla tu dir bagi senang sgt..

Syukur ya rabbi...

Oh ye nak pesan kalau sudah IUI. Bolehla spare pantyliner ye sbb ade bleeding sket lpastu.

Okay lepas da setel smua mg balik husband. Slow2 je bawak kete. Sampai je rumah mg trasa susah nk jalan.. agak sakit kt pert.. bermula sesi rehatkan diri.. semoga baik2 aje smuanya..

-doa yang baik baik-

Thursday, 8 September 2016

FT day 13, cycle #4

Assalamualaikum...
Trasa malas nk update yg on that day (7/9/2016). Badan tak sihat sangat sejak amek suntikan tu demam dedau hehe..

Okay kite straighy share pasal result ye..
FT 13, Ade 6 follikel yang mmbesar di kiri kanan (3+3) .  Alhamdulillah...sebelom tu memang da pasang niat kalau tak berjaya nak kuruskn bdan 10kg mcmtu and nk try conceive secara natural. Trasa sakit amek ubat2.
Tapi kuasa Allah maha besar.. di kala tersungkur kita namun hati sentiasa memanjat doa padaNya.. Allah beri peluang untuk aku merasa IUI buat kali pertama selepas 4 cycle yang tak boleh proceed ke iui.

Doktor buat Tvs pun trus cakap eh besar2 ni boleh da pecahkan and kite proceed buat IUI. Selepas doc consult dgn doc pakar, jadi jugak buat IUI.
Dengan ini IUI dijadualkan pada cycle day ke 15  and jatuh pd hr jumaat.
Tiada apa lagi yang mmbuatku bersyukur. Sekiranya gagal IUI tetap aku bersyukur Allah beri rezki perlahan2..

Kesimpulanya before IUI ni:
Cd2-Cd6 makan clomid 150mg
Cd7-CD10 amek injection IM gonal-F 150 IU
Cd11-Cd12 amek injection IM gonal -F 250 IU.

Orang yang ade masalah telur degil nau inilah kena alami.. usaha aja..memang sakit..buatla semampu daya..

Nanti kita sambung cter pasal IUI ye..


-syukur-

Monday, 5 September 2016

FT on day 11, cycle#4

Assalamualaikum and hi...

Takleh nak describe how hampanya hati bile masuk2 je bilik doktor..terus doktor kata respon sikit sangat ni demgan ubat. Aku terpinga2.. is it she referring to my FTday9?? Did she conclude after saw all my last 3 cycle ?? Then bila turn utk check FT mg xde bnyk perubahan dr FTday9. Besar 1-2mm je..

Dos untuk gonal F dinaikkan pada 250IU. Gasak la nurse dok pikir camne nk syringe out. Hurmmm sakit smpai mnitis air mata masa inject ubat. HB pun muka da cuak bile tgok klua bilik muka berkerut2..

Terlalu awal ke untuk kami concludekan cycle ni tak berjaya? Doktor pesan simpan duit. Disebabkn husband ade prob maybe IUI tak berjaya untuk awak.. okayyyyyy rasa down sgt.

Isn't she being too realistic? Or too early to jump the conclusion?

Entahla.. kakak yg masuk lepas aku tu pon die kata bnda yg sama..akak tu baru first cycle makan clomid.. i juz dun know...

Selama ni aku dok pikir positif aje.. doktor yang sebelumni pun cakap kalau FT12 xmatang kita akan cancel. Tapi disebabkan awak da makan ubat smua teruskan bersama.mana tau telur lambat matang and boleh conceive naturally.

Aku rasa doktor tu sgt kasar orgnye. Tvs pon sakit.  Xsempat nak mngadu saya xsihat sejak amek injection ni.. sedih sangat...tapiiii dalam hati tetap fikir kekuasaan Allah..
Doa banyak2 .. Kuasa Allah lebih besar dari kuasa Doktor. Doktor hanya membantu tapi doktor tak boleh menidakkan Kuasa Allah...

Terus terang.. rasa bisa2 bdan lagi terasa bile nk amek injection tu. Sampai demam2 di petang hari.. kalau cycle ni xberjaya lagi.. biarlah dulu.. kuruskan bdan macam haritu... rehat 2-3bulan.


-hati yang bersedih hampa-



Saturday, 3 September 2016

Follicular tracking on day 9, cycle#4


Assalamualaikum.... jom sambung update ape jadi semalam...

Okay saya sampai je kat dewan bersalin putrajaya tu terus dupdap.yela dikelilingi ibu yg nk bersalin kan. Lama la jgk kat situ.rasa janggal sbb FT buat kt tmpat org bersalin huhu..
Perasaan jangn cakapla panik abes.. seram.. mgkin sbb kite bukan nk bersalin kan.. so trdgar baby mngis pon cuak ahhaha.. okay smua suara baby yg saya dengar tu macam sama aje xleh beza pon hehhe..

Okay la korg bukan nk dgar sgt hal situ. Sape yang kena FT during weekend mg ke labour room putrajayala ehehe..

Okay masa doc nak check... aku excited tgok screen scan tu.. doa banyak2 dipermudahkan. Besarla ko wahai telor kihkih.. Alhamdulillah ade perubahan.. banyak jgak ade jumlah 6 yg anggaran 9-12mm di kiri and kanan...

Mesti rasa macam kecik jekan.. tapi kebanyakkan cycle memang hari ke 12 pun masih 5-6mm jeeeeeeeeee..
Ni kira okla hr khames 5mm hr sabtu da double hehehe..

Doc sruh continue inject Gonal F 150 IU lagi utk sabtu and ahad. Bekalan ubat dr farmasi bagi utk 2 hari.so Ahad pagi dtg cucuk lagi huhu...

Okay.. sekarang nk cte pasal gonal F..

Doktor tanya puan ok ke... kalau korg la kan nak jawab ape.   Hahaa saya tanyala ok ape ye doktor. Die tanya lagi puan okay ke dgn 150 IU? Ade sesak nafas x????

Jeng jeng2...  mg btul tekaan yg ape yg dirasa bbrape hrni adalah side effect. Antaranya lubang hidung udara trasa sempit then mnyukarkn bernafas dengan lancar.  Dada rasa berat sket kdg2.
Pastu kepala berdenyut gile and tak tahan silau.. die punya sakit tu smpai pegang2 kepala..

Dan akhirnya saya pon demam balik dari hospital hahah...ntahla kenapa. Kuikuikui.. nanti pagi nak ke dewan bersalin tu lagi.. lemah betul 😂

Pesanan utk ttcian..  ape kita buat mg sakitkn bdan. Rasa xselesa.. hormon celaru. Takutkn jarum and ubat inject yg pedih kebas. Tapi tu semua untuk zuriat kan.. sabarlah sikit.. mgkin lepasni rezki kita... 😍

Ni catitan saiz hihi


-yang tengah demam kus kus-

Friday, 2 September 2016

Injection Gonal F

Assalamualaikumm... mgkin trlalu lama saya tangguhkan untuk post entry seterusnya.. syg sekali bulan lepas tak jadi buat IUI lagi sebab sehingga FT on day 12 pun msh besar 5-6mm je.. bermula lagi next cycle.... nmpk x jlan pintas bagi summary ni hihi . .

Okay kalini period dtg selepas 42hr camtu.
CD1 on 26/8/2016
CD2-CD6 , start clomid 150 mg
CD7, Folkicular tracking using tvs. Telur kecik je semuanya. Doc decided bagi Gonal F . So Gonal F 150IU.
CD8, inject lagi 150IU.
CD9 on 2/9/2016, jtuh hr sabtu. Doc nk buat FT kat labour room presint 7. Kalau xbesar lagi inject lagi Gonal F sabtu dan ahad.


So esokla nak jumpa doc kat sana tu. Saya xpernah pergi lagi and memang rasa gementar ni huhuhu ..

Saya nk share pengalaman injection gonal F. Pertamanya., masa nurse inject ubat tu memang trasa pedih atau pijar .. area cuck kat punggung sbb banyak muscle hehehe.. memang slpas ccuk tu ade skjap rasa kebas and sakit kat peha jugak.. assuming tgh merebak kt bdan..

Gonal F yg farmasi bagi tu st kotak 75IU . Saya doc prescribed 150IU  so 2 kotak ye.... mg seksa skjap. Tp pkir psal anak je... naseb nurse tu rajin die dilutekan gonal f powder utk 2 kotak tu ke dalam st syringe yg 3cc hihi.. so skali cucuk je.. serius lpas cucuk rs nk pegang je tmpt kn cucuk tu sbb pedih huhu......


Doa sgt telur besar esok dlm 12mm ke.. sbb xnk kn cucuk lg... takut kt labour room.... huhu..

Kite tunggu je huu